Isnin, 9 Ogos 2010

Kenapa dengan Anakku ini...?


Selepas asyraf dilahirkan, kuningnya agak lama untuk pulih..hampir 1 bulan setengah..pernah dua kali duduk wad sebab kuningnya tinggi..selepas keluar hospital pun xturun juga kuningnya..aku mula risau..takut kesannya kepada anakku ini..mata dia pun masih belum boleh buka sepenuhnya..kalau azhad dulu baru 3 hari dah besar biji mata tu..asyraf ni lain pula..
kadang2 tu asik menangis dan terperanjat jer..terpaksalah aku meniarapkan dia masa tidur..kurang sikit terperanjatnya..masa tu mmng tak tahu pun adanya sawan tangis..belum terfikir untuk ikhtiar cara lain..hanya baca mana yang tahu jer..
masa umurnya 5 bulan aku cuba untuk membawanya ke hospital sebab asyraf ni masih belum boleh meniarap lagi..dan tak aktif seperti abangnya dulu..tangannya pula suka genggam..dia tak suka buka tangan..tu yg pelik tu..kalau berdirikan dia jari kaki pun sama..keras jer..kalau tgk dari segi kepalanya pun sama..kecil skit..patutlah senang sungguh nak bersalinkan dia..

bila jumpa doktor di hospital aku ceritakan hal yang sebenarnya tentang situasi anakku itu..doktor menjangkakan anakku ini tidak normal dari kanak-kanak lain..doktor menyarankan aku dan suami untuk membuat scan MRI untuknya..mungkin dari scan itu barulah dapat tahu puncanya..lepas jumpa doktor tu aku dan suami terus pergi ke unit MRI untuk mendapatkan temujanji..bila tarikh temujanji itu ditetapkan aku terus ke unit fisio, cara kerja dan mata..dari situ baru aku tahu akan penyakit2 yang aku xtahu selama ini..di fisio macam2 gambar ada tentang kanak-kanak cereberal palsy..masa tu terdetik di hati adakah anakku akan jadi seperti ini..Astaghfirullah..mengucap panjang aku masa tu..macam2 dah terfikir di benak fikiran ni..bila di fikirkan semula..aku redha jika itulah dugaan yang tuhan ingin berikan..mungkin ada hikmah disebaliknya..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ruang Iklan