Sabtu, 14 Ogos 2010

Keputusan MRI



Bertemu lagi...cuba tgk gmbr asyraf ni..kalau kita perhatikan betol2, nmpk xkepalanya yg kecil tu.yg atas tu kecil skitkan...sbenarnya sebelum keputusan MRI tu keluar lagi aku dan suami dah menjangkakan yang anak kami ni tidak normal seperti anak-anak lain..mngkn sebab aku lihat dr fizikal dan tingkah lakunya yang berbeza dgn anak kami yang sulong..sebulan selepas scan MRI tu kami dipanggil ke hospital untuk melihat keputusan tersebut..

Doktor menceritakan kepada kami tntang keadaan Asyraf yang sebenarnya..Asyraf disahkan mempunyai masalah pembesaran dalam otaknya..iaitu Cereberal Palsy..masa mendengar keputusan tu kami berdua agak tenang..doktor pun pelik tgk keadaan kami yang tidak terkejut dengan kenyataan yang dia beri..sebab kami sudah pun menjangkakan akan keputusan tersebut..cuma hati ibu manalah xsedih bila mendapat tahu keputusan yang sebenarnya..dalam hati hanya tuhan yang tahu..


Bila balik semula ke pejabat hati aku sedih bila mengenangkan nasib anak ku itu nanti..tapi aku masih boleh menenangkan diri sebab takut rakan ofis nampak aku menangis pula..bila bos aku jumpa aku dan bertanya tentang keputusan tu air mata aku terus jatuh mengalir deras..rasa macam xboleh bila ada orang yang bercerita tentang anakku itu..terus jer teringatkan dia..bos aku dipejabat memahami akan situasi aku diketika itu.dan dia menasihati aku dengan baik..alhamdulillah dia memahaminya..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni gambar masa baru lahir ke ida? klu tgk sekarang ni mcm ok je. klu ko x bg tau mmg aku x tau

Tanpa Nama berkata...

dah lama lost contact..camner nak bgth..
tapi xper..sbg kawan ko doakanlah juga semoga anak aku tu sembuh yer..

Catat Ulasan

Ruang Iklan