Isnin, 2 Ogos 2010

Kesayanganku Asyraf


Inilah anak istimewaku asyraf namanya..Dilahirkan pada 20 Julai 2008..Masa mengandungkan dia macam-macam dugaan yang berlaku..mungkin itu adalah salah satu sebab ia dilahirkan dengan keistimewaannya..di awal bulan lagi aku dah kena gastrik..memang kalau aku mengandung jer mesti gastrik ni datang..masa bulan ketiga mengandungkan dia aku terpaksa ditahan dihospital kerana demam denggi..3 harilah aku terperap dalam wad tu..risau juga bayi dalam kandungan aku tu..tapi doktor mengatakan kandungan aku stabil..bulan keempat pula aku kena batuk hampir sebulan..dan bulan kelima pula ayah aku meninggal kerana sakit jantung..terkejut aku masa mendapat berita sedih tu dari suami..sebab masa tu  kebetulan suami berada disampingnya..dapat juga dia jumpa masa arwah nak pergi..berat aku selepas tu turun  dan doktor sarankan aku ambil lebih dos ubat untuk menaikkan berat badan..erm banyak betul dah ubat yang aku makan..masa tu terfikir pun akan kesannya pada kandungan aku..dan bila hampir nak bersalin iaitu bulan kelapan aku terkena pula jangkitan demam chiken pox..aduh ....letih pula rasa..sebab macam2 sakit yang aku alami masa mengandung ni....masa tu hanya tuhan jer yang tahu..mcm2 dalam kepala ni fikirkan pasal bayi dalam kandungan aku ni..sampai yang negetif pun ada..yelah ..mestilah risau...

Tapi alhamdulillah..masa bersalinkan dia senang jer...sampai2 jer kat hospital terus nak bersalin dah..xyah tunggu lagi..dan xsampai setengah jam pun duk kat hospital bayi dah kuar pun..bersalinkan dia pun normal..masa tu memang xnampak pun yang anakku ini seorang budak yang istimewa..nampak mcm normal jer...kesian asyraf..xsempat pun nak jumpa arwah atok dia..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ruang Iklan