Isnin, 9 Ogos 2010

Rawatan untuk Asyraf..


Ish2 budak comel ni...masa ni asyraf dimasukkan hospital kerana demamnya yang tinggi..ada jangkitan kuman dalam paru-paru dia..sian pula dia bila kena cucuk untuk masuk air dalam badan..sedih aku tgk dia masa tu..tiga hari jugalah aku berumah di wad tu..aku pulak duduk bilik hujung sekali..duduk sengsorang plak tu..aduh risaunyer..aku ni dahlah penakut..doa banyak2lah masa tu moga2 xder apa2..nasib baik nurse kat situ ok..selalu jugaklah dia jenguk kami kat wad tu..asyraf pula kalau dah bangun xnak pulak baring..asik nak dukung jer..kalau letak je nangis..nasib baik bila tido malam nyenyak skit..

mula2 masuk wad dah kena pakai gas..menagis sakanlah dia..bila dah hari kedua tu dah ok skit..lama2 tu dah xnangis dah dia..dah biasa agaknyer..yerlah dalam 1 hari tu sampai 3 kali sedut gas..sian anak ibu ni yer..time masuk hospital ni result MRI lom keluar lagi..tunggu jerlah..disamping menunggu keputusan tu aku dan suami ikhtiar cara lain.. lagipun lepas keluar dari hospital si asyraf ni asik menangis jer..lepas keluar dari hospital aku dan suami membawa asyraf ke Darusyiffa Melaka..disitu aku jumpa Ustaz Hamdan..dia memang pakar untuk ubat kanak2..suka dia masa jumpa asyraf tu..dia bacakan ayat-ayat al-quran untuk asyraf..alhamdulillah dengan izin Allah selepas tu asyraf dah tak nangis lagi..dah sihat mcm biasa..boleh ketawa dah anak ibu ni..Dikesempatan yang ada masa tu suami pula cuba untuk mendaftarkan namanya untuk belajar di darusyiffa tu..insyaallah dengan ilmu yang dia ada tu nanti bolehlah dia rawat untuk anaknya sendiri..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ruang Iklan