Isnin, 10 Januari 2011

Asyraf ke YAYASAN SOFA




Salam semua..

Dah lama sangat rasanya tak update blog ni..
Tak menang tangan rasanya dengan rutin harian dari pagi sampailah ke malam..
Tapi tak mengapa kerana itu adalah amanah dari ALLAH yang perlu dilaksanakan.
Dan kerana itu juga adalah tanggungjawab seorang ibu yang telah dipertanggungjawabkan.


Bulan MUHARAM sudahpun lama berlalu meninggalkan kita. Dan kini telah pun masuk bulan Safar. Pada Awal Muharam lepas sempat juga aku membawa Asyraf ke Yayasan Sofa. Pasti ramai yang tidak mengenali tempat tersebut. Aku memang sudah lama berkeinginan untuk ke sana. Selalunya apabila suami dapat berita tentang kehadiran para ulamak di sana sudah pastinya dia akan pergi. Dan aku hanya mendengar cerita darinya tentang ceramah yang dia dengar dari ulamak tersebut. Dan dia begitu kagum akan seorang ulamak yang masih muda tetapi ilmunya amat tinggi iaitu Syeikh Haji Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Malaki. Beliau adalah pengasas YAYASAN SOFA.
Di entry akan datang akan ku ceritakan tentang beliau dan Yayasan Sofa tersebut.



Berbalik semula tentang Asyraf. Aku memang berkeinginan untuk membawa Asyraf ke situ. Sambil mendengar ceramah dapat juga bertemu dengan para ulamak. Ada juga hajat dihati untuk membawa Asyraf berjumpa dengan mereka. Memohon untuk mereka mendoakan akan kesejahteraan dan kesihatan Asyraf. Seseungguhnya mereka ini adalah orang yang paling dekat kepada ALLAH. Akhirnya aku dapat juga melihat beliau (Syeikh Haji Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Malaki) dari dekat tapi tidak bertemu muka. Suamiku cakap beliau sedang sibuk ketika itu. Tidak mengapalah mungkin jika diizinkan ALLAh insyaallah  akan berjumpa juga. Aku berharap anak-anak ku nanti akan mengikut seperti jejak beliau. Asyraf pun begitu juga. Dapat belajar disitu pun Alhamdulillah..Apatah lagi jadi pembantunya…INSYAALLAH ye anakku..

2 ulasan:

nuyin2u berkata...

Yayasan Sofa, orang - orang area seremban, kenalla kan. Pernah dapat job utk sediakan slide/montaj masa perasmiannya. Alhamdulillah, makin dikenali ramai tempat ni. salam perkenalan, sesama kita punya anak CP

ida berkata...

Salam perkenalan nuyin..
awak wat slide utk majlis perasmian bangunan br tu ker?..Alhamdulillah,lg rmai org kenal Yayasan Sofa tu lg bgs yer..Anak awak brp umurnyer?..

Catat Ulasan

Ruang Iklan