Khamis, 13 Januari 2011

Senaman apa lagi yer?..


Aku ni selalu dok fikir senaman apa lagi yang boleh dibuat untuk Asyraf ni..Nak harapkan fisio yang 2 minggu sekali tu entahlah..carakerja pun 2 minggu sekali..fasiliti pun kurang..kenapalah pihak kerajaan kurang beri bantuan dalam menambah baikkan mutu tempat untuk memudahkan lagi mereka membuat terapi..di Melaka ni kalau di hospital memang banyak kekurangan.Untunglah mereka yang berada di tempat-tempat yang bagus..

Pernah sekali nak hantar anak ke PDK...tapi kesian pula tgk PDK di situ..diaorang pun suruh hantar setiap hari khamis jer utk fisio..itupun import doktor dr hospital..sebab tak de guru untuk buat senaman ke atas mereka..alahai kesiannyer..Kata Melaka dah Maju..Tak tahulah maju dimana..bila fikirkan balik lebih baik
buat senaman sendiri jer di rumah..

Sian Asyraf yer..Ibu pun tak tahulah mana lagi tempat yang terbaik untuk Asyraf buat terapi..Yang terbaru ni ada juga terbaca di blog kak Nuyin2u tentang Dosha-Hou..Mcm bagus jer terapi tu..Apalagi aku pun suruh suami tanya di kebajikan tentang terapi tu..Mana tahu diorang boleh bantu untuk buat di Melaka ni ker..
Insyaallah..harap-harap mereka berminat untuk datang ke Melaka..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ruang Iklan