Jumaat, 30 Julai 2010

Diari untuk Azhad




Assalamualaikum..azhad anak ibu. Ibu sebenarnya nak cerita pada azhad tentang kenangan azhad dari azhad lahir sampai azhad umur setahun. Banyak kenangan yang tak dapat ibu lupakan. Ibu cerita macamni supaya azhad tahu. Nanti bila azhad dah besar mesti azhad tanya. Sebab tu ibu tulis dari sekarang. Takut dah lama nanti ibu lupa. Masa azhad lahir umur ibu baru 25 tahun. Masa waktu subuh ibu dah rasa sakit kat perut ibu. Tapi ibu masih boleh bertahan lagi. Ibu suruh abah azhad pegi keje macam biasa. Pukul 2.00 ptg baru ibu ajak abah pergi hospital. Masa tu dah sakit sangat. Sebab ibu dah terminum air selusuh dulu. Air selusuh ni bagus. Supaya azhad senang keluar waktu ibu bersalinkan azhad nanti. Azhad lahir masa tu pukul 8.05 malam, hari selasa, 30 Mei 2006. Masa ibu nak lahirkan azhad hampir waktu maghrib. Azhad masa tu dah nak keluar, tapi bila dengar orang azan maghrib azhad diam sekejap. Macam tahu jer orang tengah azan. Hospital tempat ibu lahirkan azhad bersebelahan dengan masjid. Kuasa tuhankan. Abis je azan, azhad terus berusaha untuk keluar semula. Akhirnya azhad keluar juga. Alhamdulillah… lega rasanya. Masa tu nurse cuma tunjukan samada lelaki atau perempuan. Ibu nampak lelaki. Tapi ibu tak nampak pun muka azhad. Nampak kaki jer. Putihnya kaki azhad. Ibu pun fikir. Mesti anak ibu ni putih orangnya. Pukul 10.00 malam baru nurse bagi tengok anak ibu ni. Semua orang cakap azhad comel tau. Memang comel pun anak ibu ni. Abah azhad pun suka bila tengok azhad. Masa abah azankan azhad, mata azhad pandang jer kat abah.

Esoknya pulak, atok dan nenek azhad pun sampai. Diorang bukan main suka lagi tengok azhad. Sampai abah azhad pun tak berpeluang nak pegang. Maklumlah cucu pertama..lelaki pula tu..Atok azhad memang nak cucu lelaki..bab anak-anak dia sumernyer pempuan..Diorang jerlah yang pegang azhad. Hari ketiga baru ibu dapat balik. Sebab ibu demam. Ibu berpantang kat kampung. Tok ngan nenek jaga ibu azhad. Abah kena balik keje. Hari mingu baru abah datang. Abis je pantang, ibu terus balik rumah kat melaka. Kat senang sikit. Sebab dekat dengan abah. Masa azhad umur 4 bulan, azhad demam, batuk dan asma. Tak tido ibu jaga azhad. Kesian ibu tengok azhad. Menangis-nangis azhad tak nak makan ubat. Ibu pun nangis sama. Bab kesian sangat dengan azhad. Macam-macam dah ibu dengan abah buat untuk ubatkan azhad. Dari ubat kat klinik sampailah ubat kampong. Last sekali pegi hospital masuk gas, barulah azhad elok. Lega rasanya ibu. Tak lama lepastu kita pindah rumah. Duduk kat rumah bos ibu. Hari kedua pindah, azhad jatuh katil pula. Pastu demam. Masa azhad baru duk situ, azhad asik demam je. Sampai masuk hospital. Sebab azhad kena demam panas. Masa tu azhad kena cucuk nak masuk darah. Menjeri-jerit azhad. Ibu dah risau sangat. Takut dia salah cucuk. Bab masa tu, nurse tu tutup pintu. Jadi ibu tak dapatlah tengok dia buat apa kat azhad. Tiga hari azhad duduk hospital. Ibu terpaksalah cuti jaga azhad.

Baru lepas seminggu azhad masuk hospital, abah azhad pula yang masuk hospital. Abah kena bedah saluran jantung kat institute jantung negara. Masa tu tuhan jer yang tahu betapa perit situasi tu. Malam sebelum pembedahan tu Ibu terpaksa ajak pak ngah dan mak ngah azhad hantar ibu dengan azhad gi kl. Masa tu abah azhad dah pergi dulu. Dia jangka tak kena bedah. Rupa-rupanya kena bedah. Sebab banyak saluran yang rosak. Sampai azhad suka sangat dapat jumpa abah. Mungkin masa tu azhad rindu sangat kat abah. Yerlah anak abah..Bab ari sabtukan abah yang jaga azhad..bab ibu kena kejer..Azhad nampak jer abah, terus azhad minta dukung. Tulah last abah dukung azhad. Lepastu abah dah tak boleh dukung lagi. Bab abah masih belum sembuh. Tapi dapat jumpa sekejap jer. Sebab hari dah lewat malam. Abah terpaksa masuk wad dia semula. Ibu dengan azhad tidolah dalam keta. Pastu dah pagi sikit baru tido surau. Ibu terpaksa tingglkan azhad dengan mak ngah sekejap. Sebab ibu ada urusan dengan pihak hospital. Ibu kena hantar abah kat dewan bedah. Sedihnya masa tu. Hanya ibu seorang saja ada bersama abah. Orang lain semua dengan keluarga mereka. Ibu nak bawa azhad naik jumpa abah. Tapi tak boleh. Sebab Azhad kecil lagi. Azhad pula meragam tak nak minum susu, tak nak tido. Mungkin azhad pun tahu agaknya abah Azhad kena bedah. Kesian ibu dengan azhad dan abah. Letih mak ngah azhad nak jaga. Mak ngah azhad masa tu mengandung 8 bulan. Ibu cepat-cepat siapkan urusan ibu. Ibu turun sekejap tidokan azhad. Tapi azhad tido sekejap jer. Nenek azhad lambat pula sampai. Kelam kabut ibu dibuatnya. Masa tu ibu kena tunggu abah azhad selesai dari pembedahan. Abah azhad selesai bedah pukul 12.30 tengahari. Ibu dapat tengok abah azhad sekejap jer. Banyak wayar-wayar kat badan abah. Tak dapat ibu nak tahan kesedihan ibu tengok abah azhad. Begitu berat rasanya dugaan ibu masa tu. Kesian azhad, terpaksa tempuhi bersama walaupun masih kecil lagi. Azhad terpaksa ibu tinggalkan dengan tok dan nenek azhad di kampong. Sebab ibu kena jaga abah azhad dihospital. Masa tok ngan nenek bawa azhad masuk kereta, menangis-nangis Azhad tak nak ikut. Ibu pun sedih bab terpaksa berpisah dengan Azhad. Itulah pertama kali ibu berpisah dengan Azhad. Sepanjang dihospital, ibu dan abah rindu sangat kat azhad. Abah azhad sampai menangis teringatkan azhad. Nasib baik ibu ada simpan gambar Azhad kat dalam telefon. Dapat jugalah abah azhad lepaskan rindu dia.

Seminggu selepas duduk dihospital, doctor benarkan abah azhad balik. Tok ani yang hantar ibu dan abah balik Melaka. Akhirnya dapat juga kami melepaskan rindu pada Azhad..

Kesayanganku Azhad



Inilah dia anakku yang pertama..Nama Ahmad Azhad Hakim..Lahir sama bulan dengan abah dia..Iaitu 30 Mei 2006...Abah dia puaslah tunggu agar kelahiran azhad ni sama tarikh dgnnya..tunggu punya tunggu xkuar juga..
last2 kuar ujong bulan..

First time nak lahirkan anak..manalah tahu sgt..masa mula dah sakit nak lahirkan dia dah minum air selusoh dulu..pastu perut dah sakit sangat nak bersalin..tapi doktor tak bagi bersalin lagi bab belum sampai masa..sampai kena marah dgn doktor..rupanya air selusoh tu xboleh minum dulu.ianya boleh diminum apabila doktor dah sahkan dah boleh nak bersalin..kalau x sakitnya hanya tuhan yang tahu..sakitlah sangat..sampai lepas bersalin masih rasa fobia lagi..masa tu fobia dah nak bersalin lagi..sampai 1 hari rasa sakit tu..sakit dari pagi..malam br blh bersalin..

Akhirnya azhad selamatlah dilahirkan selepas jer azan maghrib..Alhamdulillah..lahirlah budak yang comey ni..
Ni muka masa baru lahir..

jap eh..nak download lak muka yang dah lepas 2 bulan lahir ni..


ha..amacam..naperlah muka dia tembam sampai camtu sekali..azhad-azhad..
sumer orang yg tgk dia geram dok tgk pipi dia tu..apatah lagi abah dia..kalau dulu anak orang lain jadi mangsa..skang anak sendiri yang jadi mangsa cubitan dia..

Steambot..



Semalam teringin pulak nak makan kat Johney..Aritu makan kat Johney si Azhad tido..Erm xmerasalah dia nak makan..bila kami dah seatle jer makan, dia pun tersedar dari tido..sian azhad melepas dia x dapat makan..
arini br jer dapat gaji..ha..apa lagi pegi jer mydin yang dekat dengan opis ni..pastu belilah barang-barang tuk wat steambot..pastu malam tu masak ler..

azhadlah yang dok tolong ibu dia masak..lom penah wat kuah untuk steambot ni..petang tu dok cari kat internet jumpa pula jintanmanis.com..try resepi yang dia bagi..erm..ok juga bila dah siap..abah tolong jaga adik..kebetulan pula ada imam muda last final..pas abis imam muda barulah makan..suami kata sedap juga..bila dah lapar semuanya sedap..tol x?..daripada makan kat johney yang mahal tu..baik wat sendiri jer kat umah..baru xsampai rm 20 hinggit belanjer..

untuk berkongsi resepi  senang jer nak wat..

segala jenis bebola ikan,daging,udang,ketam dan mcm2 lagi..bolehlah cari di mydin..ada byk pilihan..

Untuk sup :

2 Kiub pati ayam maggi
1 Sup bunjut
1/2 mangkuk kecil (mangkuk sup pun boleh) lobak asin yang dicincang halus
Daun sup
Garam
Ajinomoto
Sedikit Gula
Air

Masukkan air,kiub pati ayam dan sup bunjut..biar sampai mendidih...
kemudian masukkan lobak asin, sedikit garam, ajinomoto dan gula..
Last sekali baru masukkan daun sup..dan tutup api..

Untuk kuah pula :

10 Tangkai lada kering
2 cawan air
Gula melaka
Belacan
Garam
Ajinomoto
Gula
Tepung Jagung
Bijan goreng

Goreng lada sampai garing..selepas itu bland lada bersama air sedikit..didihkan 2 cawan air tadi bersama gula melaka..kemudian masukkan lada bland dan sedikit belacan..lepas mendidih masukkan garam,ajinomoto dan sedikit gula..last sekali baru masukkan bijan dan tepung jangung..biar kuah nampak pekat sedikit..
Ok..dah siap..bijan tu yang membuatkan kuah tu sedap..
Selamat Mencuba..
Terima kasih jintanmanis atas resepi awak tu..

Khamis, 29 Julai 2010

Fitnah terhadap wanita muslimah


Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.
Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,”kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!”
Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama’ d Madinah.
Ada ulama’ yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi. Ulama’ Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.
Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a. Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),”katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?”Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,”Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!”
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,”Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta’ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.
Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat…”. Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!

dari : halaqah.net

My Son..



Inilah kesayanganku..Azhad dan Asyraf..

Doa Seorang Anak

Ini adalah kisah dizaman Rasulullah s.a.w..
Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:
“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”
Maka berkata salah seorang daripada mereka:
“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,
seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.
Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka,
aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.
Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.
Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.
Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan. K
eadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.
Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”
Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.[1]
Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah. Selain itu terdapat dua pengajaran tambahan dalam hadis di atas:
Pengajaran Pertama:
Hendaklah kita memberi prioriti kepada ibubapa di atas anak isteri sendiri. Secara lebih luas, kita hendaklah mencurahkan perhatian, kasih sayang dan pemberian yang lebih kepada ibubapa daripada anak isterinya sendiri. Kita hendaklah sedia berkorban untuk ibubapa melebihi pengorbanan terhadap anak isterinya sendiri.
Pengajaran Kedua:
Prioriti tidak sahaja dari sudut berbanding anak isteri sendiri tetapi dari sudut segala tingkah lakunya. Sebagai contoh, Abu Hurairah radhiallahu 'anh pernah melihat dua orang, lalu dia bertanya: “Apakah hubungan dia dengan kamu?” Orang itu menjawab: “(Dia adalah) ayahku.” Lalu Abu Hurairah berpesan: “Janganlah engkau memanggil dia dengan namanya, janganlah berjalan di hadapannya dan janganlah duduk sebelumnya.”[2]



[1] Sahih: Sebahagian daripada hadis dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5974 (Kitab al-Adab, Bab termakbulnya doa disebabkan berbuat baik kepada ibubapa). Berdoa dengan amal shalih sepertimana dalam hadis di atas disebut sebagai bertawassul. Bertawassul terbahagi kepada dua, yang dibolehkan dan yang dilarang. Lebih lanjut tentang bertawassul, rujuk buku saya Beberapa Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006.
[2] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad – hadis no: 32.
* Dipetik daripada hafizfirdaus.com

Ruang Iklan