Khamis, 30 September 2010

KISAH PENGASUH..

Salam semua...

Dah lama rasanya tak update blog ni..Walaupun kurang yang membacanya tapi aku jadikannya sebagai diari aku..Agar aku dapat mengingat kembali kisah yang hampir aku terlupa..

Kali ni aku nak berkongsi cerita tentang anakku Asyraf dan pengasuhnya..Semasa aku kerja aku akan menghantar anak-anak dirumah pengasuh mereka..Pengasuh yang menjaga mereka sekarang ini adalah pengasuh mereka yang ke 2.Sebelum Asyraf dilahirkan, aku menghantar anak aku Azhad dirumah pengasuh yang pertama.Semasa dia menjaga Azhad dulu aku rasa dia jaga ok..Tiada masalah..Mungkin dia suka akan
keletah si Azhad ni..Yer lah..Azhad ni memang banyak cakap..Keletahnya tu buat semua orang suka..
Sampaikan aku sendiri ketawa sendirian bila mengingatkan keletahnya tu..

Apabila Asyraf dilahirkan, bermulalah episod duka aku sebagai seorang ibu kerana kasihan akan
nasibnya itu..Masa mula-mula aku menghantar Asyraf ke rumah akak tu, aku rasa dia seperti bayi yang normal..Tidak nampak pun yang dia ni seorang bayi yang tidak sihat..Cuma dia selalu saja menangis..
Mungkin pengasuhnya tupun agak rimas dengan keadaan tu..Ada saja yang tidak kena bila kami mengambil Asyraf pulang..Kadang-kadang bila kami terlewat sikit pun dia akan bermasam muka..pelik juga masa tu..kami bukannya lewat sampai berjam-jam lamanya..kadang-kadang tu setengah jam jer..itupun sebab ada kerja sikit di pejabat..

Semasa kami telah mengetahui akan keputusan ujian MRI Asyraf tu ada juga aku bercerita kepada pengasuh tu akan keadaan Ayraf..Dia pun tak banyak bagi respon..Ada juga dia mengesyorkan aku beli ubat-ubat untuk Asyraf..Mana yang aku rasa ok untuk Asyraf aku beli..Itupun untuk kebaikan Asyraf juga..
Bila asyraf dah semakin besar, aku rasa masa tu umur dia 8 bulan..Masa aku nak ambil mereka waktu tu hujan renyai-renyai..Sampai jer rumah akak tu aku terus pegang Asyraf..Azhad dah masuk kedalam kereta..
Akak tu terus jer bagitahu aku yang dia tak dapat lagi jaga anak-anak aku..Aku masa tu terus menahan sebak..dalam hati mungkin kerana Asyraf dia tak nak jaga..Aku mengatakan dan merayu kepadanya agar menjaga anak-anak ini..kasihankanlah mereka..sebab aku rasa tiada siapa yang boleh menjaga mereka sebaik akak..akak tu tetap juga tak mahu menjaga mereka ..alasannya dia tidak sihat..suami dia suruh berhenti menjadi pengasuh..dia bagi tempoh sebulan untuk mencari pengasuh lain..Aku dengan linangan air mata terus masuk ke dalam kereta..Suami dengan rasa pelik terus menanyakan aku kenapa menangis..masa tu aku tak mampu untuk bersuara dan terus memeluk asyraf dengan eratnya...kenapalah nasib asyraf macamni...bila dah reda sikit baru aku bercerita dengan suami..Suami pun menasihati agar sabar..mungkin ada rahmat disebaliknya..

Dalam tempoh yang diberikan itu, aku terus saja mencari pengganti pengasuh itu..dalam waktu itu juga aku selalu berdoa agar anak-anak ini akan berjumpa dengan pengasuh yang lebih baik dan menyayangi mereka seperti anak sendiri...puas juga aku mencari pengasuh anak..habis satu taman aku bertanyakan orang..nak hantar nursery takut mereka tak mahu menjaga Asyraf..akhirnya ada seorang rakan ofis memberikan no telefon rakan pengasuh anaknya..dia suruh aku telefon dan bertanya..dalam masa dua minggu tu akhirnya akak yang aku telefon itu bersetuju untuk menjaga anak-anak ini walaupun aku dah bercerita kepadanya akan keadaan Asyraf..dia pun sanggup untuk menjaga Asyraf..Alhamdulillah bersyukur sangat masa tu..tapi aku menjanjikannya hujung bulan. sebab pengasuh yang ada ni memberi tempoh sebulan..

Dalam tempoh masa sebulan yang diberikan tu aku lihat dia ada menjaga anak orang lain ada 2 kanak-kanak perempuan dirumahnya..katanya orang tu tumpang sekejap sajer..entahlah aku malas nak mengetahui lebih lanjut..kalau dia menipu itu urusan dia Allah..bila aku mengatakan yang aku dah jumpa pengasuh untuk anak aku..terus jer dia suruh aku terus menghantar anak-anak ini ke rumah pengasuh baru..tak perlu tunggu sampai hujung bulan..sampai begitu sekali dia tak mahu menjaga anak-anak ini..aku mengatakanya bahawa dia dah berjanji sampai hujung bulan..dan aku dah berjanji dengan pengasuh baru pun hujung bulan..dengan keadaan terpaksa dia terpaksa mengotakan janjinya..sedih dan terkilannya aku dengan sikap akak tu..Hanya tuhan saja yang tahu akan perasaan aku masa tu..

Apabila sampai di waktu yang dijanjikan itu, hari last aku mengambil mereka pulang semua baju-baju anak aku telah siap di sediakan..dengan rasa sedih aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menjaga anak-anak aku dengan baik..Mungkin dia pun rasa sedih juga kerana dia dah menjaga Azhad hampir 3 tahun..Sayangnya kepada Azhad tak sama seperti sayang dia kepada Asyraf..

Hari pertama di rumah pengasuh baru aku terpaksa duduk disitu lama sikit untuk membiasakan anak-anak ini ditempat baru..Asyraf ok jerlah..sebab dia bukan kenal orang lagi...Azhad jerlah yang menangis..nasib baik suami akak tu dah pencen..bolehlah dia melayankan si Azhad tu..Akak tu kata diorang jaga sorang satu..dia jaga Asyraf dan suami dia jaga Azhad..oklah tu..takderlah akak tu terkejar-kejar nak buat kerja rumah..ada juga suaminya yang membantu..Pengasuhnya yang lama pula ada juga call kerana rindukan azhad..ada juga dia minta untuk menjaga azhad saja..tapi aku tidak sama sekali akan memisahkan abang dan adiknya..biarlah dia dengan pengasuh barunya itu..dan biarlah pengasuh lamanya itu sedar akan kesilapannya..Mungkin dia tidak mengetahui akan besarnya pahala menjaga anak istimewa ini..

Akhirnya Azhad dan Asyraf masih tetap di rumah pengasuhnya yang baru tu sehingga sekarang..Sayangnya mereka kepada anak ini seperti anak mereka sendiri..Bila anak-anak ini lama tiada didepan mata mereka sudah pastinya mereka akan call untuk melepaskan rindu..Pernah sekali Asyraf sakit dan duduk di hospital selama 4 hari..Apabila mama dan ayahnya nya (panggilan pengasuh) call untuk melepaskan rindu akan suaranya bukan main suka lagi si Asyraf ni dengar suara mereka..dia pun sudah kenal akan suara yang menjaganya tu..

Aku bersyukur sangat kepada ALLAH swt kerana memakbulkan doa hambanya ini...Dan aku juga berdoa agar suatu hari nanti anakku asyraf ini akan sihat dan berbakti kepada orang-orang yang menganiayanya dahulu..Mungkin masa tu barulah mereka ini sedar akan kesilapan mereka..Semoga Allah akan melipat gandakan pahala mama dan ayahnya kerana menjaganya dengan baik dan seikhlas hati..Amin...


Rabu, 22 September 2010

Janganlah Pandang Hina Anak Seperti Ini..

Salam semua...

Sebenarnya dah lama nak citer tentang ni..tapi asik terbantut jer dengan keje-keje kat ofis yang xpenahnya abis..arini pagi-pagi dah sampai kat ofis..buka facebook jap..pastu tergerak pula nak citer skit tentang artikel ni..

Baru-baru ni aku adalah pegi open house kat umah seseorang...aku pun tak rapat sangat dengan orang tu..tapi sebab fikir bila lagi nak kenal antara satu sama lain...tu yang aku dan family pergi...mana tahu boleh merapatkan lagi silaturrahim ker..



Sampai jer umah orang tu aku pun dengan mendukong asyraf terus jer duk lepak dalam umah org tu..bual juga dgn diorg walaupun aku tak kenal..tapi wat macam biasa jerlah..ada juga yang memandang asyraf sampai dua tiga kali..mungkin diorag pelik tgk keadaan si Asyraf ni..tak lama lepas tu Asyraf merengek jer..mungkin kepanasan agaknyer dia..akupun terus bawa dia keluar duduk dekat suami..Sambil tu aku ada juga perasan orang-orang yang aku kenal...mereka pun kenal juga kat aku ni ...cuma kami tak pernah bertegur sapa..aku pun nak juga senyum dan bertegur sapa...tapi malangnnyer diorang ni tak pandang langsung..terdetik dalam hati ni..kenapalah diorang ni tak pandang pun..sombong pulak tu..aku pun teruslah duduk di belakang diorang tu..suami pula yang dah abis makan teruslah mengambil Asyraf dari aku..bila fikir balik malas pula nak fikir bukan-bukan..aku pun teruslah menjamu makanan yang tuan rumah tu sediakan..ramai juga tetamu tuan rumah tu...Ada juga kawan-kawan dia yang datang senyum kepada kami apabila melihat Asyraf ni..Tengah aku menjamu selera makanan tu aku nampak orang yang aku kenal tadi tu nak balik..diorangkan duduk berhampiran aku..tapi mereka tak pandang langsung..apatah lagi nak senyum..Ish ...pelik juga aku kenapalah diorang ni sombong sangat yer..sampai pandang pun tak nak..suami pun perasan juga situasi tu....

Bila kami sampai dirumah, aku pun buka cerita tentang mereka tu..cerita punya cerita barulah aku perasan yang diorang tu tadi tengah mengandung..mungkin takut nak dekat dengan kami ni..takut anak mereka yang kandungkan tu jadi macam Asyraf pula..Mungkinlah kot..sebab diorang tahu anak kami ni tak sihat....Itukan semua kuasa ALLAH..tapi janganlah sampai bersikap macam tu..sampai menyinggung perasaan orang lain..Kalau tak nak dekat dengan kami pun kami tak kisah..tapi apalah salahnya Hanya Sekadar Senyum..
Tak perlulah sombong sampai macamtu sekali....

Selasa, 21 September 2010

Menyatukan Puasa Ganti dengan Puasa Enam

Artikel ini dipetik daripada blog soal jawab puasa dengan sedikit suntingan dibuat bagi memudahkan anda memahami tajuk ini dengan mudah. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh ajukannya kepada penulis di blog berkenaan. Wallahu A’lam.

Mukaddimah

Asal niat didalam ibadat hanyalah : satu ibadat satu niat. Cuma ulama’ membincangkan beberapa permasalahan didalam keafdalan melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, puasa Isnin-Khamis mempunyai fadhilat yang umum, akan tetapi Puasa Arafah mempunyai fadhilat khas, maka ulama’ berpendapat bahawa berniatkan puasa Arafah, dengan harapan mendapat fadhilat berpuasa hari Khamis.
Padanya, ada dikalangan ulama’ yang membenarkan dikombinasikan niat tersebut. Kaedah umumnya yang diberikan oleh Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa’ al-Baab al-Maftooh, 51/19) adalah seperti berikut :-

a. Ibadat yang tidak sama jenis. Contohnya solat sunat Fajar dan solat sunat Duha tidak boleh disatukan niat, ini adalah kerana kedua2 bergantung kepada masa yang berlainan.

b. Ibadat yang tidak khusus. Contohnya; solat tahiyatul masjid bersifat Umum. Maka jia seseorang yang masuk masjid tatkala Imam dan Makmum sedang bersolat sunat al-Fajar, maka hendaklah dia juga bersolat sunat al-Fajar dan disatukan niat Solat Tahiyatul masjid (yang disunatkan secara umum bagi sesiapa yang memasuki masjid).

Kita berbalik kepada scenario diatas : Qadha’ Puasa dan Puasa 6 hari didalam bulan Syawaal; apakah boleh disatukan niat? Secara umumnya, jenis ibadat ini juga berlainan; puasa Qadha’ dan puasa Sunat. Disini saya memetik sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha’ puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-

Soalan : Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha’ puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?

Jawapan : “Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha’ puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa…… Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha’ dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha’ puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha’ puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat.
Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha’, maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha’ puasa Ramadhan. Wa Allahu ‘alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya.” -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].
Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad ‘Aaish al-’Ataibi :
“Pandangan yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent). Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha’ Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari – satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) – Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!
Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda “Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10″

Puasa Ganti dan Puasa Sunat 6 Hari

Didalam kes mengadha’ puasa dan melakukan puasa sunat 6 hari didalam bulan Syawwal, ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama’ berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha’. Mereka menggunakan kaedah :
“Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu”
Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha’ yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha’nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Kesimpulannya, bagi puasa sunnat yang mempunyai fadhilat umum (seperti Isnin-Khamis), jika ia bersamaan dengan puasa sunnat yang mempunyai fadhilat khas (contohnya puasa sunat hari Arafah), bolehlah dilakukan niat yang khas (Puasa Arafah) bagi mendapatkan ganjaran puasa Isnin-Khamis sekali. Bagi Puasa qadha’ yang dilakukan pada bulan Syawwal, dia boleh berniat qadha’ dengan harapan moga2 mendapat juga fadhilat berpuasa didalam bulan Syawwal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha’ masih tidak terlepas dari dirinya.
Wallahu A’lam.

Jumaat, 17 September 2010

Hari raya tanpa ayah...

Untuk pengetahuan semua, hari raya tahun ini adalah yang ke 3 tanpa ayah disisi..
Itulah manusia, bila orang dah tiada barulah di kenang-kenang..Mungkin aku dan arwah sebenarnya kurang rapat..Maklumlah aku anak yang pertama..arwah lebih mesra bersama adik-adikku..adik beradik aku semuanya ada 6 orang termasuk aku..semuanya perempuan..arwah teringin sangat nak anak lelaki..tapi mungkin rezekinya lebih kepada perempuan..puas dah dok cari anak angkat lelaki..tapi semua tak menjadi.tak tahulah kenapa..
mungkin ada hikmah disebaliknya..Hanya Tuhan yang lebih mengetahui..
Bila aku dapat anak lelaki, bukan main sayang dia dengan anak aku tu.maklumlah lelaki..cucu pertama pula tu..waktu itulah aku rasa yang arwah semakin rapat dengan aku..dia seboleh-boleh nak bawa cucunya pulang ke kampung..tapi aku dan suami tak bagi sebab anak pertama..tentulah risau kalau apa-apa berlaku..bila arwah dah tiada ni barulah terasa.kesian pula buat dia macamtu dulu.
Masa nak balik raya aritu aku ada juga cakap dengan anak aku yang si azhad tu..aku cakap dengan dia  :
'ayad, raya ni ibu nak balik kampung atok ibu...' pastu ayad pula jawab 'eh kampung atok ibu pulak..abistu kampung atok ayad..ayad nak balik kampung atok..' masa tu aku xtahu nak jawab macam mana..kebetulan ayah suami aku pun dah tiada..kesian pula azhad..dua-dua atok dah xder..tapi aku cuba juga menerangkan kepada dia..agar dia faham yang atok dia dah meninggal..mungkin sebab dia apat dengan atoknya tu..dan dia juga masih ingatkan atok dia tu..bila ditunjukkan gambar dia masih kenal lagi...
selepas arwah meninggal aku tak pernah lagi balik beraya ke rumah atok aku sebelah arwah..raya tahun ni aku berkesempatan untuk berjumpa mereka..dah tiga tahun tak jumpa..bila sampai je umah tok dan nenek,mereka terus menangis teresak-esak..sebelum ni bila balik raya jumpa mereka arwah yang bawakan..kalini aku yang bawakan mak dan adik-adik aku jumpa mereka..lepas juga rindu tok dan nenek dengan cucunya.Insyaalah kalau dipanjangkan umur kita berjumpa lagi yer tok dan nenek.....
apa yang nak disampaikan disini Sayangilah Orang yang kita sayang selagi mereka masih ada..

Isnin, 6 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”
(Riwayat Bukhari)

Oleh yang demikian, di bulan mulia lagi indah yang semakin tiba ini saya dan keluarga memohon kemaafan dari semua sekiranya ada kata-kata yang tidak elok didengar dan ada tulisan saya yang tidak di senangi oleh kalian..Diharap ianya dapat dimaafkan..

Selamat Hari Raya juga saya ucapkan kepada semua..Semoga Hari Raya tahun ini memberi banyak Keberkatan dan Kemulian kepada kalian semua...

Ahad, 5 September 2010

Design Hari Raya..

Untuk pengetahuan semua, saya bekerja di syarikat Advertising di Melaka..
Kami menyediakan pelbagai iklan.Contohnya seperti banner,banting,backdrop,billboard,signboard dan pelbagai lagi..Banyak harga promosi menanti anda.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari http://www.warisanhn.com/

Untuk raya kali ni design untuk banting dan banner raya disediakn oleh Sifu Dafi kite..
Cuba tgk ni..amacam ?.. Cun x?.Kalau anda berminat untuk menempah sebarang bentuk iklan bolehlah layari laman web http://www.warisanhn.com/..
 

Rabu, 1 September 2010

Kerana itu Ketentuannya..



Aku ingat lagi masa aku di awal bulan mengandungkan Asyraf.. aku bawa anakku Azhad bermain di taman.Sibuk ajak aku pegi temankan dia main kat taman tu..mulanya aku malas juga nak pegi..maklumlah baru jer balik kejer.tapi kesian plak tgk dia..tak puas gaknya main kat umah pengasuh dia..duk umah pengasuh pun tak keluar rumah..asik terperap jer..

Nak dijadikan cerita..masa sibuk melayankan Azhad main, datanglah seorang ibu bersama anak-anaknya untuk bermain juga dipadang tu..tgk dari segi keadaan dia nampaknya dia seorang yang susah..kesian pula..Dipangkunya pula ada seorang anak kecil yang hanya nampak diam sajer..mungkin anak dia ada masalah kot . Aku ni dahlah mengandung..Ish tak baik fikir bukan2.kalau aku pegi dari situ nanti apa pula kata dia. (terdetik dalam hati).tak sanggup pula berbuat demikian..aku pun bertanyakan tentang anaknya tu..rupanya anak dia tu ada masalah pembesaran..umur pun dah setahun..kesian pula tgk anak dia tu..macam manalah agaknya dia nak jaga anak dia..sedangkan anak-anak yang lain masih kecil lagi..Aku pun tak berfikir panjang dan terus meminta diri untuk pulang..kesian juga bila terkenangkan nasib anak dia tu..

Rupa-rupanya ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan kepada hambanya..

Semasa aku membawa Asyraf ke terapi Carakerja baru-baru ni aku terserempak dengan akak tu di Carakerja tu..dan aku masih ingat lagi akan dia dan anaknya itu..Rupa-rupanya anak dia sakit seperti anak aku juga..Iaitu Cereberal Palsy...bila aku tegur dia dan mengatakan masih ingat ke akan aku lagi..dia kata dia tak ingat..mungkin sebab kami jumpa pun sekali jer dulu..itupun tanpa dijangka..anak dia pun dah besar dah mungkin 3 atau 4 tahun agaknya....dan masih belum boleh berjalan lagi..Insyaallah dengan izinnya nanti mesti boleh berjalan..

Dalam perjalanan pulang aku bercerita tentang akak tu kepada suami..sebab aku tak pernah lagi buka cerita tentang aku terjumpa akak tu dulu...Suami ku kata sepatutnya aku tak perlu tegur dan bertanya tentang keadaan anak akak tu sewaktu aku mengandung..bila aku dah tegur dan bertanya kemungkinan fikiran aku akan memikirkan keadaan anaknya itu...dan mungkin juga Tuhan tu akan menguji aku pula..dan inilah ujiannya..tapi nak buat macamana perkara dahpun berlalu..

Mungkin inilah petunjuk yang Allah ingin berikan kepadaku akan keadaan Asyraf sebenarnya yang dalam kandungan waktu tu..Dan aku redha Kerana itu Ketentuannya..Aku juga bersyukur kerana dengan cara yang Allah berikan ini memberi aku peluang untuk lebih mendekatkan diriku kepadaNya..Asyraf..Ibu sayangkan Mu nak...

Ruang Iklan