Mukaddimah
Asal niat didalam ibadat hanyalah : satu ibadat satu niat. Cuma ulama’ membincangkan beberapa permasalahan didalam keafdalan melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, puasa Isnin-Khamis mempunyai fadhilat yang umum, akan tetapi Puasa Arafah mempunyai fadhilat khas, maka ulama’ berpendapat bahawa berniatkan puasa Arafah, dengan harapan mendapat fadhilat berpuasa hari Khamis.Padanya, ada dikalangan ulama’ yang membenarkan dikombinasikan niat tersebut. Kaedah umumnya yang diberikan oleh Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa’ al-Baab al-Maftooh, 51/19) adalah seperti berikut :-
a. Ibadat yang tidak sama jenis. Contohnya solat sunat Fajar dan solat sunat Duha tidak boleh disatukan niat, ini adalah kerana kedua2 bergantung kepada masa yang berlainan.
b. Ibadat yang tidak khusus. Contohnya; solat tahiyatul masjid bersifat Umum. Maka jia seseorang yang masuk masjid tatkala Imam dan Makmum sedang bersolat sunat al-Fajar, maka hendaklah dia juga bersolat sunat al-Fajar dan disatukan niat Solat Tahiyatul masjid (yang disunatkan secara umum bagi sesiapa yang memasuki masjid).
Kita berbalik kepada scenario diatas : Qadha’ Puasa dan Puasa 6 hari didalam bulan Syawaal; apakah boleh disatukan niat? Secara umumnya, jenis ibadat ini juga berlainan; puasa Qadha’ dan puasa Sunat. Disini saya memetik sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha’ puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-
Soalan : Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha’ puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?
Jawapan : “Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha’ puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa…… Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha’ dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha’ puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha’ puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat.
Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha’, maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha’ puasa Ramadhan. Wa Allahu ‘alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya.” -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].
Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad ‘Aaish al-’Ataibi :
“Pandangan yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent). Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha’ Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari – satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) – Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda “Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10″
Puasa Ganti dan Puasa Sunat 6 Hari
Didalam kes mengadha’ puasa dan melakukan puasa sunat 6 hari didalam bulan Syawwal, ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama’ berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha’. Mereka menggunakan kaedah :“Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu”Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha’ yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha’nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].
Kesimpulannya, bagi puasa sunnat yang mempunyai fadhilat umum (seperti Isnin-Khamis), jika ia bersamaan dengan puasa sunnat yang mempunyai fadhilat khas (contohnya puasa sunat hari Arafah), bolehlah dilakukan niat yang khas (Puasa Arafah) bagi mendapatkan ganjaran puasa Isnin-Khamis sekali. Bagi Puasa qadha’ yang dilakukan pada bulan Syawwal, dia boleh berniat qadha’ dengan harapan moga2 mendapat juga fadhilat berpuasa didalam bulan Syawwal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha’ masih tidak terlepas dari dirinya.
Wallahu A’lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan