Isnin, 23 Ogos 2010

KISAH ANAK DERHAKA


OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI 


Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. 
   Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan 
   sakit yang ditanggungnya tidak = mampu ditanggung 
   lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di 
   sisi = katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang 
   menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak 
   tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal 
   menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat 
   sembuh. Di katil = pula, Jalal meraung dan meronta 
   sambil tangan dan kakinya terikat kemas di = katil. 
   
 "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya 
   dah tak tahu apa = nak buat. Dah seminggu lebih adik 
   saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal 
   sebaik melihat saya sampai. 
   
   Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon 
   meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan 
   penyakit adik bongsu mereka itu. 
   
 "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor 
   pun tak tau." 
   
   Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal 
   menjerit kesakitan. = Kali ini jeritannya cukup jelas 
   di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan = dan 
   menyedihkan. 
   
 "Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, 
   sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." 
   Berserta raungan yang dilepaskan = sekuat hati, tubuh 
   Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang 
   = marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak 
   akibat azab yang amat = pedih. Semua yang ada di wad 
   berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu 
   menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang 
   menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula 
   kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? 
   
 "Panggil ibunya segera," kata saya. 
   
   Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga 
   Jalal cuma = terdiam, menundukkan muka atau 
   berpandangan sesama sendiri. 
   
 "Kenapa ni?" tanya saya. 
   
   Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami 
   baru sahaja = meninggal dunia dua minggu lepas." 
   
 "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin 
   Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, 
   sebab itulah dia menanggung azab yang = begini rupa. 
   Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat 
   membantu," = kata saya berterus terang. 
   
   Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal 
   semakin kuat. Saya = semakin ingin mengetahui puncanya 
   kerana dengan latar belakang itu insya-Allah = saya 
   boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan 
   kesakitan Jalal. 
   
 "Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah 
   berlaku." 
   
 "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada 
   arwah ibu kami," = jawab salah seorang daripada 
   mereka. 
   
   Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal 
   menceritakan kepada = saya kisah yang sebenarnya, 
   kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal 
   adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat 
   perempuan = dua lelaki dan di kalangan mereka, 
   Jalallah yang mempunyai kelulusan yang = lebih tinggi. 
   Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan 
   seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan 
   dan menyanggah kata-kata = ibunya. Nasihat dan teguran 
   ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. 
   Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun 
   berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan 
   wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. 
   Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. 
   Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan 
   jawatannya di sebuah = syarikat swasta. Hasratnya 
   adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di = 
   syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak 
   berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di 
   syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan 
   menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia 
   meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula 
   meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas 
   sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih 
   tidak = mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula 
   kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi 
   menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya 
   = supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada 
   bank. Tanah seluas 12 ekar = itu ditinggalkan oleh 
   bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum = 
   itu. 
   
 "Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi 
   RM500,000. Saya nak = duit tu buat berniaga," katanya 
   kasar. 
   
 "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik 
   kamu," jawab si = ibu. 
   
 "Ahhh, saya tak kira." 
   
 "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti 
   bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar 
   hutang," jawab ibunya. 
   
   Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal 
   tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada 
   bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih 
   bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau 
   dengan = apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang 
   ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di 
   situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan = berakhir 
   dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika 
   kemarahannya sampai = kemuncak, Jalal menolak ibunya 
   sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya = terhantuk 
   di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang 
   ibunya terjelopok di = lantai, rebah tidak sedarkan 
   diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara = 
   Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. 
   Akibat pendarahan otak = yang serius, ibunya meninggal 
   dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. 
   Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu 
   selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital 
   kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang 
   membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit = 
   yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, 
   meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya 
   itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana 
   tidak sanggup menanggung azab yang pedih. 
   Berterusanlah = keadaannya selama beberapa hari hingga 
   saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat 
   tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di 
   katil = dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk 
   menidurkannya. 
   
 "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata 
   saya. 
   
   Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan 
   surah Yassin = untuknya. Namun apabila dibacakan saja 
   ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya 
   menggeletik dan menggelepar kesakitan. 
   
 "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan 
   bawa saya ke situ = emak, panas. Jangan bawa saya ke 
   situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah = saya 
   emak, ampunkan saya, saya bersalah." 
   
   Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang 
   dimaksudkannya dengan = 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak 
   mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya = di 
   situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal 
   terpaksa dibogelkan. = Tangan dan kakinya terus diikat 
   ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan = Jalal 
   masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. 
   Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika 
   Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah 
   nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu 
   lebih = kurang pukul 10 pagi. 
   
   Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, 
   telefon bimbit saya berdering. 
   
 "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si 
   abang. 
   
   Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, 
   saya lihat Jalal = begitu tenat. Nyawanya seperti 
   sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas 
   sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya 
   bacakan Surah al-Asr, = Surah al-Falaq, Surah an-Naas 
   serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal = berhenti 
   meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. 
   Masing-masing = beristighfar dan membaca ayat-ayat 
   suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. 
   Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh 
   jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang 
   menahan kesakitan, mata terjegil = seperti hendak 
   terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga 
   najisnya = terpancut keluar. Bertabur membasahi 
   seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. = Maha suci 
   Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat 
   menghenyak = perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, 
   najis, organ-organ dan segala-galanya = yang ada di 
   dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di 
   bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut 
   keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di 
   bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur 
   memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian 
   dan katil basah = dengan air mata, peluh serta 
   najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak = 
   bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia 
   pergi menghadap Allah SWT = untuk menerima balasan 
   amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka. 
   
   Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara 
   keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama 
   sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak 
   sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah = 
   sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang 
   dijelaskan di dalam al-quran dan = hadis, ia datang 
   dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal 
   tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun 
   saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi 
   saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan 
   sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati 
   saya. Kesengsaraan = yang ditanggung oleh Jalal sudah 
   berakhir, namun mayatnya meninggalkan = keaiban yang 
   amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak 
   terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut 
   wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja 
   menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya 
   cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak 
   mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang 
   tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata = 
   putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan 
   Allahyarham dileraikan = dan tangannya dikiamkan. Kaki 
   Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya 
   menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh 
   dirapatkan kerana = duburnya terpancut keluar dan 
   membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan 
   mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah 
   terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, 
   jenazah dibawa turun kerana keluarganya = mahu 
   menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah 
   sebuah taman = perumahan di sebuah negeri di pantai 
   barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum 
   berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham 
   keluar dari = perkarangan hospital, tiba-tiba 
   keempat-empat shock absorbernya patah secara = 
   serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang 
   badannya sederhana sahaja, = dua orang abang dan 
   kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah 
   = shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil 
   kami. Maha suci Allah, = Tuhan yang Maha Besar, 
   apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami 
   rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh 
   kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi 
   masalah timbul - tidak ada van atau = kereta yang 
   berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan 
   sebuah lori = kosong yang mengangkat tanah, pasir 
   ataupun kelapa sawit lalu di tempat = kejadian. Dengan 
   lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa 
   yang = membingungkan kami ialah walaupun mayat 
   berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak 
   pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham 
   sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya 
   dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan = 
   
   di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada 
   saya bahawa tanah = yang ditambun ke atas kuburnya 
   tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham 
   berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke 
   = atasnya. 
   
   Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon 
   daripada keluarga Allahyarham. 
   
 "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan 
   daripada ustaz." 
   
 "Apa masalahnya itu?" tanya saya. 
   
 "Kubur adik saya berlubang ustaz." 
   
   Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah 
   tunjukkan kepada anak = yang derhaka kepada ibunya. 
   Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu 
   disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. 
   Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur 
   hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang 
   lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka 
   mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya 
   kubur tersebut berlubang semula. 
   
 "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan 
   ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang 
   lagi," kata saya. 
   
   Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham 
   menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan 
   berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di 
   kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, = masih 
   tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu 
   dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang 
   ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan 
   pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. 
   Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. 
   
 "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah 
   majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap 
   seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila 
   selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya 
   diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam 
   bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali." 
   
   Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan 
   mereka mengadakan = majlis itu. Namun saya diberitahu, 
   imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. 
   Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan 
   tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku 
   empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata 
   saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap 
   kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan 
   kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita 
   berhari raya. Sungguh menyentuh = hati saya, ketika 
   orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah = 
   keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal 
   dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir 
   hayatnya. 
   
   Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan 
   Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita 
   dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. 
   Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ruang Iklan